Monday, November 9, 2009

CONTOH SOALAN ETIKA PROFESSIONAL

1 comments
Ni bukan soalan bocor, tp just nak tunjuk inilah tahap soalan etika yg kita nak kena jawap nanti. Peningkan....

Contoh soalan peperiksaan mid term Etika Professional


BAHAGIAN A
ARAHAN: Jawab SEMUA soalan.

1. Prinsip tingkah laku individu dari sudut moral yang diterima oleh masyarakat
dikenali sebagai:
A. pengurusan gelagat pengguna
B. pengurusan organisasi
C. pengurusan etika
D. pengurusan sosial

2. Terdapat banyak kumpulan kakitangan profesional yang tidak membenarkan ahliahlinya
mempraktikkan bidang masing-masing jika mereka melanggar:
A. etika kerjaya
B. etika profesional
C. etika komunikasi
D. etika undang-undang

3. Prinsip………………………..berpegang teguh kepada falsafah bahawa “yang
penting adalah niat di sebalik sesuatu keputusan atau tindakan, kerana kita tidak
dapat menjangka, serta menilai dengan tepat semua kebarangkalian hasil sesuatu
keputusan atau tindakan itu".
A. Utilitarianisme
B. Universalisme
C. Keadilan Beragihan
D. Kebebasan Individu

4. Falsafah normatif adalah salah satu bidang kajian mengenai pemikiran dan
perilaku, iaitu bagaimana kita sewajarnya..................................
A. berkomunikasi
B. bertingkah laku
C. bertindak balas
D. bekerjasama

5. Utilitarianisme adalah salah satu teori etika dari sudut:
A. Teleologikal
B. Deontologikal
C. Biologikal
D. Psikologikal

6. Analisis ekonomi, analisis undang-undang dan analisis etika, ketiga-tiganya boleh
digunakan untuk mengatasi:
A. masalah budaya dalam masyarakat
B. masalah agama dalam dunia
C. masalah ekonomi dalam negara
D. masalah etika dalam pengurusan

7. Era keusahawanan, era kemelesetan dan era sosial merupakan titik-titik perubahan
dalam evolusi percambahan pemikiran mengenai:
A. sejarah keusahawanan
B. sejarah kebudayaan
C. sejarah peperangan
D. sejarah tanggungjawab sosial

8. Golongan pelajar dan aktivis telah menuduh syarikat-syarikat gergasi Amerika
Syarikat seperti McDonnell Douglas dan Du Pont menggalakkan dan melanjutkan
peperangan Vietnam untuk mendapatkan keuntungan besar. Ini merupakan satu
gerakan berkaitan:
A. hak asasi manusia
B. anti kolonialisme
C. anti peperangan
D. anti Barat

9. Kebenaran dalam pengiklanan adalah sesuatu isu yang kompleks. Ini merupakan
isu:
A. masalah komunikasi dalam perniagaan
B. masalah etika dalam pengurusan
C. memujuk pengguna untuk membeli
D. menyampaikan maklumat produk

10. “Lembu Tunai” dalam matriks perancangan Boston Consulting Group merujuk
kepada:
A. penghasilan tunai yang tinggi dan keperluan pelaburan yang tinggi
B. penghasilan tunai yang rendah tetapi memerlukan pelaburan yang tinggi
C. penghasilan tunai yang rendah dan memerlukan pelaburan yang rendah
D. penghasilan tunai yang tinggi tetapi memerlukan pelaburan yang rendah

11. Undang-undang Islam yang dikenali sebagai..................................merangkumi
segenap aspek kehidupan dan pembangunan antara Pencipta dan manusia dan
manusia sesama manusia.
A. Musyarakah
B. Mudharabah
C. Syariah
D. Wadiah

12. “Tanggungjawab utama kita adalah kepada pelanggan”. Ini merupakan satu contoh
kod etika yang terdapat dalam.........................................sesuatu organisasi.
A. norma
B. kepercayaan
C. misi
D. matlamat


13. Tidak ada asas yang kukuh untuk mengambil tindakan disiplin terhadap peniup
wisel (whistle blower), selagi tindakannya itu dibuat atas dasar berikut, KECUALI:
A. dengan niat yang baik
B. dengan melaporkan salah laku tersebut dengan tepat
C. melalui jalan dan saluran yang betul
D. dengan memaksa pihak pengurusan atasan bertindak

14. Kaedah perancangan strategik yang diwujudkan oleh General Electric (GE)
dikenali sebagai:
A. Model Portfolio
B. Model SBU
C. Model Matriks
D. Model Fleksibel

15. Kesan penutupan industri, pemindahan industri ke satu lokasi baru dan pengecilan
saiz industri adalah seperti berikut, KECUALI:
A. Pekerja mengalami kerugian ekonomi
B. Pekerja kehilangan sumber mata pencarian
C. Pekerja akan bekerja dengan majikan baru
D. Pemerintahan kerajaan akan berubah

16. Antara persediaan awal majikan sebelum seseorang calon kakitangan diambil
bekerja adalah seperti berikut, KECUALI:
A. Mengadakan temu duga
B. Memperoleh laporan ujian kesihatan calon
C. Mendapatkan laporan daripada badan-badan kerajaan seperti polis dan cukai
pendapatan
D. Menerima laporan pemilikan harta calon

17. Peluang pekerjaan dan peluang kenaikan pangkat yang terbuka kepada semua
dengan tidak mengira jantina, bangsa, agama, usia dan budaya adalah contoh
sesuatu tindakan yang:
A. proaktif
B. produktif
C. afirmatif
D. berpandangan jauh

18. Kod etika merupakan pernyataan tentang:
A. norma dan kepercayaan sesebuah organisasi
B. undang-undang dan peraturan sesebuah organisasi
C. kekuatan dan kelemahan sesebuah organisasi
D. piawai dan ukuran sesebuah organisasi

19. Seorang dewasa yang dihormati yang telah diringankan tanggungjawab
operasinya dalam sesuatu organisasi dan ditugaskan untuk memberi nasihat
kepada kakitangan lebih muda mengenai masalah kakitangan dan kerjaya,
kesulitan organisasi dan isu etika dikenali sebagai:
A. Penasihat Undang-undang
B. Guru Besar
C. "Ombudsman"
D. Kaunselor

20. Etika dalam pengurusan mewujudkan satu konflik antara:
A. pencapaian sosial dan ekonomi sesuatu organisasi
B. prestasi budaya dan keagamaan sesuatu organisasi
C. prestasi kewangan dan pemasaran sesuatu organisasi
D. pencapaian status dan kekayaan sesuatu organisasi


PENTING......NOTA KHAS UNTUK ETIKA PROFESSIONAL

0 comments
Dah penat buat assignment......la ni kita pakat pulun baca pulak...

Hari Sabtu ni jangan lupa.....pulun...jangan tak pulun. Kalau data C- atau D akan kena mengulang.....jalan terbaik...pulun la baca.

Nak baca buku tebal tu.....tak payah.

Ok, masuk alamat ni....then print je....pastu baca!

http://www.scribd.com/doc/6105440/Nota-Padat-16-Oumm3203n


kalau link tak hidup...copy and paste kat address.
Nak tau jenis soalan yang naik ke....nanti sy postkan contoh soalan.

Wednesday, November 4, 2009

TMK.....IMPLEMENTASI KOMPUTER DALAM PPBK

0 comments

Ada member talipon tadi, bahan TMK untuk presentation takde.
Tak pe, Dr Sajap tak nak tengok isi, tapi teknologi persembahan.... ha ha ha
Ni ha....ade sikit........dah genting nih.

Implementasi Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) di Malaysia.

Apakah itu Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer?

Merupakan satu pengajaran atau kursus yang disampaikan dengan menggunakan pakej perisian pendidikan yang dibina oleh pembangunan perisian dengan menggunakan komputer.

Sejarah PPBK di Malaysia

Projek Rangkaian Munsyi
Projek TM School Online
Projek Sekolah BestarI

Bahan Pembelajaran dalam PPBK

Video
Audio
Animasi
Teks
Grafik

Fasa Penting dalam PPBK

Menyampaikan maklumat
Mesra pengguna
Latihan oleh pelajar
Mengukur pencapaian pelajar

Jenis-jenis PPBK yang boleh dijalankan

Tutorial
Latih tubi
Permainan
Simulasi
Tunjukcara
Ujian

Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat bantu mengajar terbahagi kepada 4 iaitu:

Teknologi maklumat menggunakan mod tutorial
Teknologi maklumat menggunakan mod penerokaan
Teknologi maklumat menggunakan mod aplikasi
Teknologi maklumat menggunakan mod komunikasi

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) merupakan contoh penggunaan teknologi maklumat dengan menggunakan beberapa mood seperti berikut:

Kelebihan menggunakan mood tutorial ialah:

Bahan bantu mengajar lebih interaktif. Dengan ini pelajar
akan berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan
Pelajar dapat belajar dengan sendiri Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan
kontekstual dalam pengajaran Membantu meningkatkan daya kreativiti pelajar dan motivasi pelajar Membantu mewujudkan suasana pembelajaran aktif

Kelebihan menggunakan teknologi maklumat mod penerokaan ialah:

Pelajar dapat merasa pengalaman melakukan eksperimen yang sukar, terlalu mahal dan mustahil untuk dilaksanakan menggunakan realiti maya
Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif
Membantu mewujudkan suasana pembelajaran aktif Membolehkan pembelajaran simulasi

Kelebihan menggunakan teknologi maklumat mod aplikasi ialah:

Pelajar dapat memberi tumpuan kepada aktiviti utama
Menjimatkan masa pembelajaran Membolehkan guru memberi masalah yang lebih mencabar

Kelebihan menggunakan teknologi maklumat mod komunikasi ialah:

Membenarkan pembelajaran jarak jauh
Membolehkan proses komunikasi dengan tokoh-tokoh dan rakan-rakan
Mengaplikasikan proses pembelajaran melalui kaedah rakan sebaya
Mengaplikasikan teori pembelajaran kolaboratif.

Kriteria penting dalam PPBK

Komputer tidak mengubah peranan guru. Guru perlu sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi.

Komputer hanya bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P. Aktiviti pembelajaran perlu dirancang oleh guru supaya lebih berkesan.

Penggunaan komputer dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.

Komputer dan internet sangat bermanfaat kepada pelajar dan ibu bapa seharusnya menjadi pendorong yang kuat dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi.

Kelebihan PPBK

Membentuk pembelajaran secara koperatif serta memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.

Berkeupayaan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pelajaran.

Meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran.

Membolehkan murid melaksanakan eksperimen yang terlalu sukar, mahal, mustahil dan bahaya.

Secara umumnya, PPBK dapat

Pelajar akan memperoleh maklumat dari sumber yang lebih luas selain dari buku teks.

Mempertingkatkan daya ingatan dan kemahiran pelajar.

Dapat menarik minat pelajar jika direka bentuk dengan baik.

Mempunyai banyak pilihan jika menggunakan kemudahan ICT.

Maklumat melalui penggunaan ICT boleh disimpan dan digunakan semula.


Sumber 5 laman Web:

http://www.cikgublog.com/ict-dalam-pendidikan/

http://www.geocities.com/devlin_sigma2002/internet.htm;

http://www.geocities.com/ikaz3/nilaiweb.htm

http://www.moe.edu.my:8080/c/journal_articles/view_article_content?groupId=1&articleId=LP025&version=1.0

http://www.slideshare.net/Alexius/information-and-communication-technology-i-c-t

http://www.slideshare.net/shahwiran/penggunaan-ict-dalam-pp-presentation

http://socio-wolff.blogspot.com/2008/03/pembelajaran-maya.html
http://www.geocities.com/devlin_sigma2002/internet.htm

Thursday, October 22, 2009

CONTOH LUKISAN....

0 comments
Contoh lukisan......jumpa kat laman web ni....
Malas nak fikir..tiru je...ha ha ha
Resis

Mozek

Stenselan

Montaj

Kolaj

Gosokan

Cetakan

Catan

Monday, October 19, 2009

ETIKA...BAB 1

0 comments


Ok....ni ada nota ringkas Etika Profesional Bab1. Nanti bila ada Bab 2, posting ni akan diupgradekan.....klu ada?

Nak baca...boleh baca. Tak nak baca pun takpe....soalan objektif, hantam je...ha ha ha.
Klu nak print, just copy dan paste kat Word.


TOPIK 1: MORAL REASONING AND ETHICAL THEORY
Taakulan berprinsip dan Teori mengikut etika



Makna Etika
Prinsip kelakuan individu yang boleh diterima dari segi akhlak.


Makna Etika Profesional
Menilai prinsip moral untuk sesuatu kumpulan yang direka untuk mengawal prestasi mereka di dalam menjalankan sesuatu tugas atau penggunaan sumber yang mereka ada.


Faktor pembentukan etika individu
· Pengaruh keluarga
· Pengrauh rakan
· Pengalaman hidup
· Nilai peribadi dan prinsip moral
· Faktor keadaan


Pandangan tentang Etika

1. Utilitarian - siapa terjejas secara langsung dan tidak langsung, keuntungan dan keburukan yang dialami dan berapa lama kesan tersebut berlanjutan.
2. Golden Rule - lakukan kepada orang lain seperti mana anda mengharapkan orang lain membuat perkara yang sama kepada anda.
3. Kantian/hak - dalam satu prinsip moral yang sejagat, setiap orang mempunyai hak asas yang tertentu.Immanuels Kants View of Ethics Focuses on Personel Rights menyenaraikan lima perkara iaitu hak penyetujuan percuma, hak bersendirian, hak kebebasan hati nurani, hak untuk kebebasan dan hak proses berpatutan.
4. Menyedarkan kepentingan diri - suatu kuasa positif yang berupaya memperbaiki kesejahteraan semua anggota masyarakat.


Falsafah Normatif

Kajian tentang pemikiran betul dan kelakuan iaitu bagaimana kita harus berkelakuan normatif.


5 Sistem Etika

Undang-undang Abadi / kekal ( eternal law )
Seseorang mempunyai hak untuk hidup dan juga kewajipan menjamin hak untuk orang lain.

Teori Etika Classical Teleological: Kemudahan / Utilitarianism
Memberi penekanan kepada kesudahan, bukan niat tindakan seseorang individu.

Teori Etika Classical Deontological: Universalisme
Nilai tindakan harus bergantung pada niat seseorang itu yang membuat keputusan atau melakukan tindakan. Jika niat baik, maka itu adalah prinsip moral yang terpuji.

Teori Adil Pembahagi / Distributive Justice Theory
Mendasarakan kepada keutamaan sesuatu nilai tunggal iaitu JUSTICE ( keadilan )

Teori Kebebasan Peribadi ( Personel Liberty Theory )
Berdasarkan keutamaan suatu nilai tunggal daripada suatu prinsip tunggal: kebebasan

Friday, October 16, 2009

SDP...ASSIGNMENT SENI

0 comments
sumber:zul9909

Hah....ni ada sedikit info pasal assignment seni....baca je...nak copy masuk assignment ikut suka..ha ha ha.



LUKISAN

Lukisan adalah aktiviti melukis yang menggunakan bahan kering atau basah untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk pada sesuatu permukaan.Antara teknik yang sering digunakan ialah teknik lakaran, garisan, lorekan, silang-menyilang, gurisan, sgrafito, gosokan, campuran dan sebagainya.



MONTAJ


Tampalan gambar-gambar yang dipotong yang membentuk satu cerita.
Bahan- bahan yang digunakan adalah kertas warna, gambar, majalah, surat khabar.


CATAN


Cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi.
Menggunakan berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain.
Sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi pelbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.


KOLAJ


Menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti pelbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih
Bahan yang berlaian sifat atau jalinan dapat memberi kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.


CETAKAN


Cara menghasilkan karya dengan mencetak.
Terdapat pelbagai jenis cara cetakan.
Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan.
Untuk cetakan jenis blok, imej pada blok disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak di atas permukaan kertas.
Contoh bahan cetakan lain ialah cetakan lino, strawboard dan poliform.
Gambar diukir kemudian warna disapukan di atas permukaan dan dicetak di atas kertas.
Poliform adalah bahan yang mudah diukir.
Cara dan sifat bahan yang diukir akan memberikan kesan yang berlainan.


GOSOKAN


Menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletakkan di atas sesuatu yang kasar. Contohnya duit syiling
Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan.

RESIS


Menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain contohnya warna air dan warna lilin atau warna air atau cow gum.
Cara dengan menggunakan lilin cair atau pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas.
Warna air boleh disapukan ke atasnya iaitu kawasan yang tidak berlilin. Warna air akan diserap manakala di kawasan yang berlilin warna air tidak akan diserap. Lilin akan menolak warna air maka terdapat 2 kawasan dengan 2 jenis kesan.
Peringkat sek rendah guna krayon.
Proses batik - teknik resis.


STENSILAN


Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.
Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas.
Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.


PERCIKAN


Menggunakan alat yang boleh memercikkan bahan warna seperti berus (jalinan bertitik)
percikan boleh dihalang dengan menggunakan sesuatu objek atau kertas.
Objek atau kertas boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan berlakuy apabila warna kedua dipercikkan.




CAPAN


Ia boleh digolongkan dalam kategori cetakan.
Ia menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu permukaan.
Ia boleh menggunakan berbagai jenis bahan seperti sayuran, cengkerang.
jalinan berbagai bahan sama dengan kesan jalinan pada hasil capan.


GURISAN


Ia dilakukan menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan.
Cara melakukannyapermukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Gurisan dilakukan dengan alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik supaya gambar terhasil .
Kesan yang berlainan terhasil apabila guna bahan yang berlainan.


MOZEK


Cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahan-bahan seperti kertas warna, plastik dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih.
Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkanSempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.

NOTA RINGKAS TMK

0 comments
Bagi cikgu yang dah berpinau nak baca buku TMK yang tebal semacam tu....hah...cuba masuk laman link di bawah.

Di sini ada nota ringkas TMK khusus untuk OUM.....lengkap.Nak donlod kena register...tp buat apa donlod....print terus je, senang cerita.

Dah masuk.....boleh print terus fail tu. Mudahkan.

Ok...klik link di bawah...

http://www.docstoc.com/docs/9996393/Teknologi-Maklumat-Dalam-Pendidikan

la....link tak hidup....ok copy dan paste kat address je...

KEMBALI BELAJAR.....

0 comments
Hmmm....selamat kembali belajar kepada semua MALESIA ( mahasiswa lewat usia ).
Ha ha ha.....lepas mengaji kat Bainun 3 bulan, bertapa pulak kat politeknik.
Dah tahap umur macam ni belajar pun dah serabut. Baca 10 kali pun tak ingat lagi.

Takpe...teruskan usaha. Semoga blog milik kita ini akan dapat bagi input yang berguna.

Selamat belajar.
 

Kembali study...exbainunkohort6 Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template