Friday, October 16, 2009

SDP...ASSIGNMENT SENI


sumber:zul9909

Hah....ni ada sedikit info pasal assignment seni....baca je...nak copy masuk assignment ikut suka..ha ha ha.



LUKISAN

Lukisan adalah aktiviti melukis yang menggunakan bahan kering atau basah untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk pada sesuatu permukaan.Antara teknik yang sering digunakan ialah teknik lakaran, garisan, lorekan, silang-menyilang, gurisan, sgrafito, gosokan, campuran dan sebagainya.



MONTAJ


Tampalan gambar-gambar yang dipotong yang membentuk satu cerita.
Bahan- bahan yang digunakan adalah kertas warna, gambar, majalah, surat khabar.


CATAN


Cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi.
Menggunakan berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain.
Sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi pelbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.


KOLAJ


Menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti pelbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih
Bahan yang berlaian sifat atau jalinan dapat memberi kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.


CETAKAN


Cara menghasilkan karya dengan mencetak.
Terdapat pelbagai jenis cara cetakan.
Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan.
Untuk cetakan jenis blok, imej pada blok disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak di atas permukaan kertas.
Contoh bahan cetakan lain ialah cetakan lino, strawboard dan poliform.
Gambar diukir kemudian warna disapukan di atas permukaan dan dicetak di atas kertas.
Poliform adalah bahan yang mudah diukir.
Cara dan sifat bahan yang diukir akan memberikan kesan yang berlainan.


GOSOKAN


Menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletakkan di atas sesuatu yang kasar. Contohnya duit syiling
Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan.

RESIS


Menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain contohnya warna air dan warna lilin atau warna air atau cow gum.
Cara dengan menggunakan lilin cair atau pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas.
Warna air boleh disapukan ke atasnya iaitu kawasan yang tidak berlilin. Warna air akan diserap manakala di kawasan yang berlilin warna air tidak akan diserap. Lilin akan menolak warna air maka terdapat 2 kawasan dengan 2 jenis kesan.
Peringkat sek rendah guna krayon.
Proses batik - teknik resis.


STENSILAN


Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.
Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas.
Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.


PERCIKAN


Menggunakan alat yang boleh memercikkan bahan warna seperti berus (jalinan bertitik)
percikan boleh dihalang dengan menggunakan sesuatu objek atau kertas.
Objek atau kertas boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan berlakuy apabila warna kedua dipercikkan.




CAPAN


Ia boleh digolongkan dalam kategori cetakan.
Ia menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu permukaan.
Ia boleh menggunakan berbagai jenis bahan seperti sayuran, cengkerang.
jalinan berbagai bahan sama dengan kesan jalinan pada hasil capan.


GURISAN


Ia dilakukan menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan.
Cara melakukannyapermukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Gurisan dilakukan dengan alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik supaya gambar terhasil .
Kesan yang berlainan terhasil apabila guna bahan yang berlainan.


MOZEK


Cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahan-bahan seperti kertas warna, plastik dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih.
Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkanSempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.

0 comments:

Post a Comment

 

Kembali study...exbainunkohort6 Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template